BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~~Welcome To My Paradise Blogger Private ~~

think on yourself...~~lalala..~~
~~( Control Yourself, Before You Control Other People )~~
~~
HIDUP + HAKIKAT = REDAH SAHAJA~~

keep running and running and....continue running
~~ ~~

~~ ..Alhamdulillah To Live This.. ~~
Powered By Blogger

Senarai Blog Saya

About Me d'Cipon NgokNgeks

Foto saya
Thai, Kelantan, PD N9, CiPON D'MaNe - mAnE, Malaysia
Aku budak baek, Hari-hari Aku baek.. huhuhhu.. ~~~~~~

Facebook Cipon

Cipon Ngokngeks Post..

Jumaat, Julai 16, 2010

D'sPoNgEbOb...~~

SAlAm bUaT PaRa pElIhAt bLoGs aKu!!

hUhUhuHuHuhUhUhUHuh....

AlkU Nk sHaRe sMtHnG yG AkUz SuKa, n tRiNgIn sGt2 Nk jUmPa SlePas (bYk lG Yg iMpOrTaNt aKu nK JuMPa) iF BnDa nI WuJuD..

HuHuHuHuHu...SpAn kUnInG..!!

sO CuTe...

pEnYaYaNG, KlAkAr, cAre, McM2 hL lG Ad lAm bNdA KuNiNg nI..






jom kita usha d'sbalik kuning cute ni..huhuh..~~

Kartun lucu ini diilhamkan oleh Stephen Hillenburg. Siapa Hillenburg?? Hillenburg yang lahir di Oklahoma, AS pada 1961bukan sembarangan orang. Beliau adalah ahli biologi laut, malah pernah mengajardi Orange Cauntry Ocean Institute. Beliau juga seorang pelukis dan pakar animasi.....

Animasi Spongebob diterbitkan oleh syarikat milik Hillenburg, United Plankton Pictures Inc. dan siri pertama disiarkan di AS pada 1 Mei 1999, melalui saluran Nickleodeon.....

Sejak disiarkan, Spongebob terus mendapat sambutan hangat, sampailah sekarang. Kini percaya atau tidak, ia telah disiarkan keseluruh dunia dan dialih pelbagai bahasa. Jangan nterkejut, pada tahun 2007 majalah TIME telah menamakan siri kartun ini sebagai salah sebuah daripada 100 siri televisyen yang terhebat sepanjang zaman, bersama Friends, Oprah Winfrey, American Idol dan sebagainya....


  • Siapakah watak utamanya?? Tidak lain dan tidak bukan, si apan kuning bernama Spongebob. Watak lucu ini diambil daripada haiwan span laut. Bagaimanapun, dalam bentuk kartunn, ia dibentuk menjadi 4segi seperti span yang digunakan untuk membasuh pinggan dan memakai seluar kotak.....
  • Spongebob tinggal didalam buah nanas didasar laut dan suka menangkap obor-obor serta membuat buih. Dia bekerja sebagai pembuat burger Krabby Pattydi restoren Krusty Krabs, milik Eugene H. Krabs (sang ketam).....
  • Kawan baik Spongebog ialah si tapak sulaiman bernama Patrick Star, yang tinggal dibawah seketul batu, sebelah rumah Spongebob. Wataknya bodoh-bodoh alang dan kelakar. ....
  • Squidward Tentacles (sotong kurita) juga jiran Spongebob, dia bekerja sebagai juruwang direstoren Krusty Krabs. Masalahnya, Squidward yang berhidung panjang serta sengau ini sentiasa berlaga angin dengan Spongebob. Ada saja yang digaduhkan dengan spongebob.....
  • Eugene H. Krabs si pemilik restoren Krusty Krabs pulagilakan duit, tamak serta pentingkan diri sendiri. Sebagai majikan, Krabs mengerah tenaga Spongebob dan Squidward demi mendapatkan keuntungan yang semaksimum mungkin. Cehh………..!....
  • Gary?? Apa tu?? Gary ialah siput. Kelakarnya, Gary berbunyi seperti kucing. Gary adalah binatang peliharaan Spongebob.....
  • Watak antagonis dalam siri kartun ini ialah sikecil bernama Sheldon J. Plankton, sempena hidupan seni yang menjadi makanan hidupan laut plankton. Plankton memiliki restoren Chum Bucket, tetapi lansung tidak ada pengunjung keran apenduduk kediaman mereka, Bikini Bottom suka makan di Krusty Krabs.....
  • Apakah Bikini Bottom itu?? Pakaian renangkah?? Bukan, ia adalah nama lokasi kononnya cerita ini berlaku. Digambarkan Bikini Bottom terletak di dasar Lautan Atlantik, penduduknya melebihi sejuta, terdiri daripada semua jenis hidupan laut dalam. Jangan terkejut, keadan Bikini Bottom termasuk tarikan gravitinya adalah sama seperti di daratan, kerana itu disitu juga terdapat pantai, kolam unggun api, boleh menuang air dan sebagainya. Derdapat lapangan terbang, bas, taman permainan, stadium, dan pusat hiburan. Dahulu, Bikini Bottom ada panggung wayang, tetapi musnah akibat bau busuk mulut Spongebob dan Patrick!!....
  • Jangan terkejut, artis-artis terkenal pun turut meminati Spongebob. Penyanyi , David Bowie misalnya pernah muncul dalam siri TV itu, manakala kumpulan muzik heavy metal Pantera, Motorhead serta Twisted Sister menyumbangkan muzik mereka dalam soundtrack kartun tersebut. Band Metallica pun sama. Kumpulan muzik Thrash Metal itu bukan setakat minat, malah mengeluarkan T-Shirt yang memeparkan mereka bersama Spongebob dan Patrick Star.....
  • Tidak salah dan keterlaluan, jika orang tua pun meminati spongebob. Kenapa?? Sebab selain kelakar, kartun ini banyak membawa mesej supaya kita mnyayangi laut dan memelihara laut. Kita dianjurkan supaya bersahabat, jangan mudah marah, senyum selalu, menyayangi something disebelah kita, menghargai, elakkan pencemaran laut dan macam-macam lagi..banyak sangat......

0 comments: